Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Kuala Langat

SEJARAH PENUBUHAN

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 November 1999 yang membincangkan Belanjawan 2000 telah memutuskan supaya Kementerian Pendidikan membuat kajian mengenai model dan konsep komuniti yang sesuai untuk diwujudkan di setiap kawasan Parlimen diseluruh negara.

Asas pertimbangan penubuhan Kolej Komuniti ialah untuk menyediakan peluang alternatif kepada lepasan menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej Komuniti juga akan membuka peluang kepada pekerja dan komuniti setempat untuk mendapat pendidikan dan latihan kemahiran yang lebih terancang.

Jemaah Menteri pada 5 hb. Julai 2000 telah mempertimbangkan memorandum daripada Menteri Pendidikan No.398/2225/00 tentang konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti bertujuan memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat untul meningkat kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses. Kolej Komuniti juga memainkan peranan dalam memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir demi merealisasikan matlamat wawasan 2020. Melalui persetujuan Jemaah Menteri, Kolej Komuniti Kuala Langat adalah diantara 34 buah Kolej Komuniti yang ditubuhkan pada 1 Mac 2003.

Kolej Komuniti Kuala Langat mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003.

Kolej Komuniti Kuala Langat menawarkan dua kursus peringkat sijil iaitu Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Perakauan Perniagaan untuk pengambilan pertama. Kursus Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan), Sijil Pembuatan Perabot dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan akan ditawarkan bagi kemasukkan pelajar sesi Jun 2004. Kolej Komuniti juga menjalankan kursus pendek bersesuaian dengan permintaan tempatan.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: (+603) 31202030 Fax: (+603) 31202080
    HEP: (+603) 31202778 LI: (+603) 31202368
    PSH: (+603) 31202979 EXAM: (+603) 31201628
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Kuala Langat, Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra, 42700Banting, Selangor Darul Ehsan
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2